Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2011

Film Review: Signs

Selasa, November 15, 2011 0 Comments


Ada tak sesape yang penah tengok cite lakonan Mel Gibson nih? Cite ni movie tahun 2002 tapi aku baru je tengo kat channel StarWorld Movies haritu. Kalau korang nak tengok, bolehlah tangok under channel SWM kat Astro tu. Alah... biaselah kan Astro, cite ni ulang-ulang je sampai sebulan jadik korang bolehlah tengok sampai lebam! Ahaks! Aaa??? Tak subscribe? Tulah.. kan aku dah soh pakai Dreambox... bayar RM25/- je sebulan sume channel boleh layan! Ahaks! *riak*

Jom tengok barisan pelakon utamanya:


Mel Gibson...Rev. Graham Hess
Joaquin Phoenix...Merrill Hess
Rory Culkin...Morgan Hess
Abigail Breslin...Bo Hess




Sinopsis citenya: -


Selepas kematian isterinya dalam satu kemalangan luarbiasa, Paderi Graham (lakonan Mel Gibson) mula hilang kepercayaannya kepada tuhan dan terus meninggalkan gereja. Lantas beliau memilih untuk mengerjakan ladang jagungnya yang berekar-ekar tu. Adiknya yang merupakan juara pemain besbol dan pernah beberapa kali mendapat anugerah atas kehebatannya membuat hayunan yang kuat; tinggal bersamanya untuk menjaga anak-anak abangnya itu yeitu Morgan (budak yang berlakon Home Alone tu) pengidap asma kronik dan adiknya, Bo yang mempunyai satu tabiat pelik yeitu minum air yang banyak dan cerewet mengenai kebersihan minumannya itu. (Korang akan tau kat ending upenya ade sebab nape tuhan jadikan dia camtu) Owh ye, budak Bo ni gak ade deria rasa hati yang kuat (dan dia sangat comel! Ahaks!)


Pada suatu hari, dorang menjumpai bentuk bulatan yang sangat besar kat ladang jagung tu. Memula dorang ingat itu cuma keje budak-budak liar kat kampung tu tapi bila banyak tempat diseluruh dunia yang alami benda tu, dorang mula rasa ade sesuatu yang tak kena. Binatang-binatang peliharaan pun jadi liar dan ganas. Morgan percaya itu adalah perbuatan makhluk asing dan membeli sebuah buku untuk mengkajinya. Memula, ayahnya tak percaya tapi bile dah kuar brite kat TV barulah dia akui kebenaran kata-kata anak dia tu.


Bermulalah episod cemas bile makhluk asing membuat percubaan memasuki rumah dorang. Tapi biasalah, mestilah dorang selamatkan. Cuma waktu ni penuh dengan babak-babak yang mencemaskan la. Akhirnya selepas satu malam dorang berkurung menyelamatkan diri, pagi esoknya dorang pun kuar dari tempat persembunyian tu. Tapi rupa-rupanya ade lagi sekor makhluk asing yang tinggal kat situ nak balas dendam kat Graham sebab dia pernah tetak jari dia sebelum tu. Mase ni Morgan dah pengsan sebab kena serangan asma dari malam tu lagi. Mase ni makhluk asing tu berjaya dapatkan Morgan dan sembur racun dalam hidung dia. Tapi akhirnya makhluk asing tu berjaya dihapuskan bile adik Graham membuat hayunan berani mati menggunakan kayu besbol yang dah lama dia wat perhiasan kat dinding dan air yang Bo selalu tinggalkan merata-rata atas TV dan meja tu tumpah lalu memusnahkan makhluk asing tu (skang baru tau nape Bo selalu ade tabiat suke tinggalkan air merata-rata tu)


Last sekali, tiba part sedih. Mase ni Morgan dah cam takde harapan dah nak idup. Akhirnya bapak dia mengakui yang tuhan boleh membuat keajaiban dan berdoa mintak selamatkan anaknya tu (dia sebenarnya dah lama tak percayakan kuasa tuhan sebab dia salahkan tuhan menyebabkan isterinya mati tu). Akhirnya cam biaselahkan... Morgan pun tetiba sedar semula. Dan ending cite ni menunjukkan yang Graham dah jadik paderi balik lepas tu.


Ape yang best pasal cite ni: -

  • Ekcelli cite ni bukan pasal makhluk asing la sesangat macam cite-cite makhluk asing yang biasa aku nengok tu. Tapi apa yang ingin disampaikan dalam cite ni yelah bagaimana hebatnya kuasa Tuhan dalam menentukan setiap apa yang sedang dan akan berlaku.

  • Cite ni penuh dengan mainan emosi. Ade masanya klaka dengan watak Graham yang cam blur dan kerenah anak-anaknya; ade masanya pula meruntun jiwa sebagai ayah yang sangat sabar dan sangat sayangkan anak-anaknya. Memang dalam cite ni kekuatan utamanya yelah kehebatan Mel Gibson menguasai emosi dan mengekspresikannya melalui memek wajah.

Pengajaran yang aku dapat dari cite ni yelah: -
  1. Kite takleh berputus asa dengan qada dan qadar Tuhan.
  2. Setiap yang berlaku adalah kehebatan perancangan Tuhan yang Maha Mengetahui sedangkan apa yang kite tau cume sebesar kuman saja.
  3. Walau apa pun yang berlaku, hanya Tuhanlah tempat kite memohon dan berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  4. ... akhir sekali, kasih-sayang seorang ayah biarpun tidak ditunjukkan tetapi mereka sangat menyayangi anak-anak mereka.

So, pelagi? cube-cubelah gugel kot-kot ade DVDRip yang boleh korang download. Kalau nak puas ati, layan je kat TV tu!


Notakaki saiz tujuh:
Tetiba tingat kat arwah abah. Dia pernah tulis dalam buku autograf aku- 'Kasih seorang ayah- walau apa yang berlaku kepada anak, ayah tetap menyebelahimu'...







Signature

Sabtu, 22 Januari 2011

Review Filem: Khurafat

Sabtu, Januari 22, 2011 0 Comments
Tajuk Filem: Khurafat

Pengarah: Syamsul Yusof

Penerbit: Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam: 13 Januari 2011

Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba



Sinopsis Khurafat:-

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Trailer Khurafat:




Wahhhhh Farahhhh! Kena paksa Beraninya ko pegi tengok cite seram babas camnikan? :7: Hehe! Ni sume termakan ajakan colleague aku la ni punya pasal. Kalau ikutkan, tengok trailer dia kat TV hari-hari tu pun dah wat aku kecut perut, inikan pulak nak gi tengok wayang! Yang siMirul berumur di bawah 13 (filem ni rate 13 tahun ke atas ok) pun ndak juge tengok, haaa ikut le!
Cite ni yang wat dia seram sebab banyak suspen dan adegan terkejut. Tapi aku ngan Mirul dah pilih dinding mana nak pandang bile masuk bab suspen memang berani so kiteorang takla terkejut. Dalam panggung toksah cite la, ngantuk suara menjerit sesaje dari mula sampai abes! Bagi aku jalan cite dia oklah, takde scene yang takde kena-mengena tetiba etc, etc. Tapi ending dia sedey la plak. Huhuuu... Terinsap lama sekejap aku. Ok kepada sesape yang rase nak gi tengok tu, silekanlah. Cite ni memang best tapi sori ye Syamsul, kalau cite 'Hantu Kak Limah' aku boleh gi tengok ulang-ulang tapi cite ko ni kalau bagi aku seribu tiket free pun KONPEM aku pegi tak pegiiii dahhhh!!!!! Takottttttt!!!! :pandaGeli_31:


tepuktangan
Follow Me at flickr! .