Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Selasa, 8 Jun 2021

Resepi: Cucur Roti Simple

Selasa, Jun 08, 2021 0 Comments

Cucur roti ni ekcelli lebih kurang macam cucur-cucur yang len tu je cuma yang ni ada penambahan roti. Bila makan cucur ni rasa dia macam ala-ala roti goreng gitu- rangup-rangup tapi gebus di dalam. Resepi asal saya amek dari dak instagramer nursyafiqnasir tu… Kecur ayorliur menengok dia krup krap jadi mak pun paksa lemak-lemak malas ini untuk mencuba... ahaks!

Tapi resepi ni saya dah olah sikit ikut selera sendiri la. Meh nengok bahan-bahannya:

  • Roti 3 kepin- dicarik-carik
  • Tepung gandum & tepung jagung ratio 1:1 cawan
  • Bawang besar suku- dicincang dadu
  • Ikan bilis segenggam- ditumbuk
  • Cili masak/ cili api ikut suka banyak mana- ditumbuk
  • Air satu cawan
  • Garam dan perasa ikut suka

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan dan masukkan air perlahan-lahan. Kacau sehingga sebati.
Masak dalam minyak yang panas sampai kekuningan dan bolehlah dihidangkan.
Sebenarnya makan saja pun dah sedap tapi nak dabelkan kenikmatan silelah cicah sos cili… nyummm!




Signature

Ahad, 1 November 2020

Resepi: Nasi beriani kambing tersenang dialam semesta

Ahad, November 01, 2020 2 Comments

Resepi ni saya dapat dari mukabuku haritu dan ntah nape bila baca resepinya tetiba skala kerajinan tu jadi tinggi. Mungkin sebab senang sangat nak buatnya sesuai untuk pemalas cam saya. *jujur* Mari tengok apa bahan-bahannya dan cemana nak masak: -
BAHAN-BAHANNYA: -
2 sudu mentega *saya pakai minyak sapi lagi mantol huhu...*
Rempah tumis
Sedikit bawang merah
2 biji tomato potong dadu
6 pot beras basmathi *rendam 10 minit*
4 tin kari kambing Adabi
1 tin susu cair
6 cawan air *boleh ekjas sendiri*
Garam kasar dan perasa jika perlu
Daun ketumbar, daun bawang, bawang goreng, kismis dan gajus *kalau nak, tanak bubuh kalu nohal*

CARA MEMASAKNYA: -
Cam biasa memula panehkan minyak dan tumis bawang. Bila dah naik bau boleh la masukkan segala rempah tumis tadi. Gaul sekejap.

Pastu masukkan tomato yang dah dipotong dadu tadi tu dan kacau bagi mesra. Hidup mesti saling bermesraan barulah bahagia ehhh... *tiber*
Sekarang boleh masukkan 4 tin kari kambing Adabi. Ekcelli korang boleh je ganti kari kambing dengan kari daging atau kari ayam Adabi mengikut selera korang ye.
Kendian masukkan susu cair dan air. Saya biasanya guna tin susu cair tu jugak untuk sukat air sebab senang koje malas basuh banyak.

Dah sebati susu cair dengan air tadi, bolehlah masukkan beras. Jangan lupa buang dulu air rendam beras tadi tu. Pastu masukkan garam kasar dan perasa ikut suka. Garam tu kalau garam biasa ok je tapi biasanya kalau masak nasi guna garam kasar lebih sodap! Tak caya cer wat eksperimen sendiri.

Tanak nasi sampai masak ye. Kalau guna piuk Noxxa macam saya setkan HP 7 minit sajer.

Bagi yang guna periuk nasi biasa, bila nasi dah masak bolehlah masukkan daun ketumbar, daun bawang, kismis bawang goreng dan gajus *kalau suka*. Kalau guna piuk Noxxa, korang masukkan semua tu dan set steam selama 2 minit. Bila dah bunyi tit tit tu dah boleh tutup karen.
Salad aka jelatah ni saja je buat, kalau dak seronok sangat budak-budak tu makan nasik takdok sayur. Campur je kobis, timun, tomato, bawang besar, cili api dan perahan limau kasturi. Pastu tambah la gula dan garam ikut selera.
Tadaaaaaa... dah siap! Jemput makan!


Signature


Sabtu, 31 Oktober 2020

Resepi: Gyeran Ppang Korean Egg Bread

Sabtu, Oktober 31, 2020 0 Comments

ANNYEONGHASEYO!

Resepi yang kita nak main masak-masak hari ni ialah salah satu makanan jalanan (street food) orang-orang kat Korea nun. Namanya payah nau nak dieja tapi nak buat tak susah manapun hehe... Rasa dia unik juga la sebab korang akan rasa macam makan kek tapi ada rasa cheese dan telur goreng. Kalau tak caya jom kita cuba!


BAHAN-BAHANNYA: -
80liter susu segar
40gm gula
1 biji telur
20 gm mentega/ margerin
1 sudu teh esen vanilla
90gm tepung serbaguna/ gandum
1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN TOPPING:
Keju yang dah disagat & beberapa biji telur (ikut suka) serta oregano.

BAHAN TAMBAHAN (bukan paksaan ye) :
Sosej atau apa saja haiwan yang anda rasa sesuai dengan citarasa.

CARA MEMBUATNYA: -

Bancuhkan je kesemua bahan-bahan tadi (kecuali bahan topping) sampai sebati dan masukkan dalam loyang. Bagi pemalas macam saya guna acuan cup je tapi kalau takde korang kena minyaki dulu acuan tu ye sebab takut melekat.

Taburkan keju sebanyak mana yang korang suka. Lepas tu saya taburkan sosej yang dicincang tapi kalau ikut resepi asal memang takde. Saja nak derhaka sekali sekala hiuhiu...

Pukul telur sikit  dan tuang atasnya sampai penuh. Pastu taburkan oregano ikut suka banyak mana.

Bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 15 minit atau sampai korang tengok telur atas tu dah kekuningan dan dah masak atau sehingga korang terliur melihatnya. 

Tadaaaa..... dah jadik Gyeran PPang!

Beginilah keratan rentas dalam dia. Cheese tu tak meleleh pulak,
Ni version derhaka ye puan-puan pasal tekak Malaysia saya ni rasa macam tak cukup kalau takde sos dan mayonis. Ni kalau Jimin BTS tau saya memandai ubah makanan ciptaan negara dia ni mesti baran hajaja...

SELAMAT MENCUBA!

Signature

Ahad, 19 April 2020

Resepi: Simple Sardine Sandwich

Ahad, April 19, 2020 13 Comments

 

Pertama sekali, post ni sama sekali takde niat nak mensavagekan orang yang beli roti sorang sampai sepuluh buku ye. Tapi kalau dah alang-alang beli banyak-banyak sampai orang lain tak dapat beli tu, boleh la cuba buat resepi ni supaya cepat abes sebab sandwich sardin ni memang menjadi kegemaran ramai.


BAHAN-BAHAN:
Roti sebuku
Sardin 1 tin
Bawang holland separuh
Bawang putih 2 biji
Sedikit air asam
Sedikit sos cili
Garam/gula
Mayonis
Butter/ margerin
Sayur-sayuran untuk hiasan dan kesihatan


CARANYA:

  1. Memula korang hancurkan sardin tu dalam mangkuk. Sos dia tu tuang sikit bagi tak kering.
  2. Pastu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dengan bawang holland sampai wangi. Kendian masukkan sardin tadi dan kacau rata.
  3. Lepas tu masukkan cili sos ikut la kepedasan yang korang suka. Kalau nak pedas ultra, campak je cili padi dalam tu tapi since kastemer-kastemer dapo saya sejenis tak tahan pedas jadi saya lupakan hasrat tu.
  4. Pastu boleh masukkan air asam, garam dan gula sikit. Kacau-kacau sikit pastu biarkan sejuk.

Ini hajer tahap kepedasan yang melepasi piawaian budak-budak kat umah ni huhu...
Okeh, sementara tunggu sardin tu sejuk, korang boleh la sapu butter kat setiap lapisan roti. Buat atas bawah ye dan potong la tepi dia kalau tak suka. Lebihan tu boleh buat puding roti tapi kalau maleh, bedal aje kihkih...
Bila sardin tadi dah sejuk, korang campurkan sesudu mayonis atau lebih ikut suka ati korang keh. Gaul rata-rata pastu sapu kat roti tadi. Selit jugak apa saja sayuran yang korang suka.
TADAAAA...!!! Opppss..! Hat keras ni cop saya punya!!!  


  Signature

Isnin, 13 April 2020

Resepi: Apam Balik senang giler!

Isnin, April 13, 2020 10 Comments


Bila dapat tau tahun ni takdok paramkan, mula la dok terbayang encik apam balik, murtabak, popia basah, air laicikang adehhhh.... Dek kerana desakan napsu yang amat sangat nak makan apam balik, maka saya pun gugel gugel la carik resepi dan terjumpa resepi dari Ummi Ja ni. Seriously, bila dah cuba buat rupenya senang ya amat je pun nak membuatnya. Jadi meh la cube sesama...



Bahan-bahan adunan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
1 sudu teh soda bikarbonat


Bahan tabur:
Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend kasar)
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Margerin


Cara-cara membuatnya:

Masukkan semua bahan-bahan adunan dan blend sampai sebati. Pastu tunggu lebih kurang 15-30 minit supaya adunan kembang. Sementara tu, oleskan permukaan kuali dengan margerin dan buka api. Sebaiknya guna kuali yang tak melekat ye. Kalau idok jenuh merodok tepung kang ajaja...


Tuang adunan dalam kuali dan ratakan. Ikut la nak boh berapa senduk ikut ketebalan yang korang nak. Api jangan kecik dan jangan beso ngat ye. Biar jap sampai nampak permukaan dia gelembung-gelembung macam kawah bulan tu, baru tabur gula, kacang, jagung dan margerin. Bila nampak gula dah hancur dah boleh lipat dan angkat. Siap!

Ni size kuih doraemon masa pestaim buat.

Ni kali kedua buat dah maleh nak berdiri lama so buat yang beso terus hehe...

See? Senangkan? Adunan ni boleh buat 15 keping apam balik kalau saya guna kuali kecik ala kuih doraemon tu tapi kalau saya guna kuali yang besar, saya dapat 4 keping. Tepung dia kalau tak abes boleh je simpan dalam fridge. Nanti bila nak masak lagi, keluarkan je kat suhu bilik dah boleh terus berlagak jadi penjual apam balik semula okay! Cubaaa jangan tak cubaaa...!


TIPS NAK SEDAP
Jangan kedekut gula!!!


Signature
Follow Me at flickr! .