Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2018

My First Time (Nuffnang Challenge)

Sabtu, April 07, 2018 4 Comments

 

Semua orang ada cerita 'pertama kali' dalam hidup kan? Toksah arr klentong lahir-lahir semua benda dah pernah cuba hehe... Bagi saya kan, pengalaman pertama kali yang paling saya tak bleh blah lupa ialah hari pertama memandu kereta, ahaks!


Okeh sebelum tu bior saya citer sket sejarah silam. Yang sebenonyekan, saya ngaku ajelah yang saya ni orang yang paling penakut dalam dunia nak bawak kereta. Jangan kata nak bawak, nak pegang stereng pun dah gigil. Pak Ustad dah lama suruh amek lesen tapi asal sebut bab kereta je lutut ketor, ate caner haha! Nak kata belajo bawak kereta dengan dia dari zaman bertunang lagi dia dah ajo tapi nama nak amek lesen tu Ya Rabbi macam pi sua leher nak kena pancung perasaannya!


Hinggalah suatu hari, iaitu kira-kira 2 hari lepas saya habeh pantang anak nombor dua; saya kena ragut masa tengah jalan kaki nak ke bus-stop on the way nak pergi koje. Peristiwa tu menyebabkan saya fobia dengan bunyi motor yang datang dari arah belakang sampai la, percaya tak? Saya kena heret hampir setengah kilometer (sapa suruh tanak lepaskan henbeg walhal ada kurang sepuluh hengget je pun time tu huhu...) dan kena rawatan 6 jahitan 2nd degree minor cut kat tulang pipi yang gebus neyh, ouchhh!!!

Gambar hiasan takde kena-mengena dengan cerita. Masa ni kereta kena blocked lebih 2 jam. 2 JAM OKEHHHH!!!!

So, ekcelli itulah titik-tolak dimana saya nekad tanak pergi koje naik bas lagi dan lagi best, saya pasang azam nak pandai bawak kereta supaya suatu hari nanti kalau saya terserempak dengan peragut tu, saya nak langgor deme sampai tergolek-golek hehe... *gelak syaiton*. Dipendekkan cite, akhirnya saya berjaya la dapatkan lesen lepaih tu. Masa hari pertama tu, pak ustad guide dan monitor saya dari depan. Beliau naik motor. So destinasi saya yang pertama dari rumah masa tu ialah bawak anak-anak tinggalkan kat rumah mak yang 5 minit je perjalanannya dari rumah sewa. Memang gelabah giler la sebab pak ustad ikut jalan shortcut which is segala-mala lorong kecik dia redah. Hampir gak la nak masuk longkang sebab takleh agak jarak tayar dengan longkang tu. Opkos la tengok pak ustad dah terkumat-kamit kat depan tu ha dok membebel-bebel hahaha...

Ni pun takde kena-mengena dengan tajuk. Ni masa jiran langgar lepas tu dia blah, haha!

So dari rumah mak baru pergi kerja yang jaraknya 20 minit tu. Masa pergi alhamdulillah memang aman damai. Yang jadik masalahnya ialah time balik koje. Memandangkan saya taktau jalan nak keluar so sorang colleague guide saya dengan kereta kat depan so saya pun dok follow dia tak ingat lansung nak pikir pasal orang kiri kanan. Maka terjadilah peristiwa hampir nak terlanggar sorang pakcik yang bawak anak balik sekolah agama sebab saya main masuk lane kiri tak bagi signal. LUPAAAA SANGGAAAATTTTT!!!! Bukan sengaja sebab dok nak pastikan kete kawan tu tak terlepaih dari pandangan kekdahnya, huhu! Mujur la pakcik tu sempat elak tapi sampai ke depan simpang, saya perasan mulut dia pot pet sambil dok toleh kat saya hehe... MAAFLAH PAKCIKKKKKK!!!!!


Ok akhirnya saya berjaya drive masuk highway. Masa tu rasa macam arghhhh leganya yang hamat!!! Tetiba lak hujan pun turun dengan lebatnya dan tetiba lak jalan tu jem tak bergerak-gerak! Lagi haru, takde sapa pun pernah ajo saya yang kalau time hujan jangan tutup ekon tapi itulah yang saya buat! HAHAHAHAHA! Aduyaiiii... berpeluh gelabah okeh dok mengelap cermin sebab kiri, kanan, depan, belakang semua cermin dah berkabus! Yang depan jalan dok jem, dalam kereta saya dah menggigil sejuk + takut hahaha.. memang takleh lupa betui la pengalaman nih. Napelah kan info ni tak masuk dalam silibus teori masa belajo driving dulu kahkah!


Wehhh... tapi tu dululah. La ni dah berani dah cuma sekarang bila jadik penumpang masa anak dara saya drive, ketor balik lutut tetiba hagaga! Okeh, so itulah pengalaman 'pertama kali' saya yang paling saya takleh lupa kot. Kalau korang ada jugak pengalaman 'pertama kali' yang korang nak citer, meh la join challenge #MyFirstTime #CrunchTime. Korang boleh hantar ke crunch@nuffnang.com dalam apa saja bentuk samada ianya artikel *macam ni*, gambar, video atau apa saja yang kreatif sebelum 15 April 2018. Jom join! Mana tau entri korang nanti dipublish kat Facebook atau Instagram Nuffnang!


  Signature
Follow Me at flickr! .