Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Monday, December 9, 2013

D.A: Menu Bekpes -1



Okeh saya dah janji nak bagi resepi diet atkins saya kan haritu? So kite mula dengan menu bekpes yang ini ye. Simple je dan sebenarnya kebanyakkan menu diet atkins ni jauh lebih mudah dari kita masak nasi dimana perlu masak lauk-pauk lain. Menu bekpes yang ini saya bagi nama Sausage & Omellete. Meh tengok bahan dan cara buatnya: -


Bahan-bahan: -
Sebiji telur
Tomato dipotong dadu
Beberapa batang sosej dihiris kecil
Serbuk lada putih
Garam
Sedikit cheese parut
Sedikit butter


Caranya: -
Memula panaskan kuali dan masukkan butter. Bila butter dah cair bolehlah gorengkan sosej sampai garing.
Bila rasa-rasa sosej tu dah masak, tolak ia ketepi kuali dan masukkan telur. Biar separuh masak. Taburkan serbuk lada putih dan garam. Pastu baru kacau rata-rata.
Akhir sekali taburkan cheese dan letakkan ke dalam pinggan. Taburkan tomato yang dah dipotong dadu tadi dan tunggu pe lagi? Bedallah! Ngee...


Signature

2 comments:

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .