Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 5 Mac 2013

Resepi: IKEA's Swedish Meatball





Kalau korang biasa pergi iKea, sure korang tau kan dengan signature's dish iKea ni. Resepi ni saya dapat dari FB Masterchef Musim Pertama si doktor gigi yang pandai masak itew. Memula share je ngan kengkawan kat FB tapi bile dah hari-hari bukak FB gambonye melekat kat dinding sendiri mana boleh tahan maaa... maka tetiba terajin le jugak nak mencubanya ngeee....  Haa... ni bahan dan cara buatnye ye anak-anak: -



BAHAN-BAHAN: -

  • meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan, jangan sampai hangus. *Saya tak jumpa jenama MARINA so saya pakai cap SAUDI aje*
  • kentang goreng secukupnya
  • 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit



BAHAN UNTUK GRAVY: -


  • 2 sudu butter *saya pakai PLANTA*
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cwn air sejuk
  • 100 ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu gula 
  • serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging *saya pakai cap Knorr Beef Gravy*

CARANYA: -


Cairkan butter guna api perlahan

Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. Jangan sampai garing.


Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Masukkan tomato dan biar hingga tomato layu. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy (Chef tak bagitau boh berapa so saya bantai pi boh 4 sudu besar sebab nak cepat bagi habes pasal terbeli 1kg punye peket haha). Kacau rata dan biar sampai mendidih. Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dengan garam jika terasa tawar. Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.


Kacau sebati, tutup api dan blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball.


JOM MAKAN!


Note: Jem stoberi/ blueberri tu letak la kat sebelah fries tu ke. Sambil makan cicah gravy, cicah jem skali hehe... tapi ku malas nak boh jem-jem bagai so makan jelah ape yang hado ngeh, ngeh.... Inipun dah sodap!


Signature

36 ulasan:

  1. wui..terliur tgk ni deeb..hihihi..

    BalasPadam
  2. patot la gravy dia cm smoth je rupanya dia blend dlu erk...

    BalasPadam
  3. tq share..ahaha..malas nak beratur panjang kat ikea..masak sendiri puas hati kan :P

    BalasPadam
  4. sedap! akak pun nak ckp sama mcm cik zura lee tu..., rase nak buat pulak lah...hehe.

    BalasPadam
  5. 5 ketul je kewwww meatballnya? Diet ke?

    Camtu je ke buatnya. Senang la jugak. Tak sangka guna kicap jugak ye.

    BalasPadam
  6. @Zura LeeKan? Ku pun baru tau itu tekniknya hahaha...

    BalasPadam
  7. @Lynda Che LahAk-ah. Dapat manyak lak tuh! Jimat pun jimat!

    BalasPadam
  8. @SallyBuatlah hehe.. ermm bile nak jemput kiteorang datang umah makan-makan? Hahaha... *motip?*

    BalasPadam
  9. @LydSunshineAlaaa jangan laaa... heee, malunye i... Ak-ahkan Lyd. Ku tak pernah menyangka adanya sume bahan-bahan itu di dalamnya.

    BalasPadam
  10. sedapnya... tapi malas je nak buat... hehe..

    BalasPadam
  11. sedapnyaaaa...kak..bila nk bg cntik blog fa plak nie.huh7



    jemput snggah

    http://ourlovebonding.blogspot.com
    :)

    BalasPadam
  12. sedappnyerr..mesti rs setanding ikea kan,..hehe

    BalasPadam
  13. pinggan cantiknya!!-anor

    BalasPadam
  14. @mama leenHahahaa haa... penyakit yang itu ku tak dapek nak nolong ye! Huhuu...

    BalasPadam
  15. @Ema BlogMemang sedap Ema. Ala-ala sos blackpepper gitu hehe...

    BalasPadam
  16. @mama darwisyHualaa sian mama menunggu yek! Insyaallah bile stimix masuk menggantikan berukband ku skang ni ye. Susah mau godam blog kalau pakai beruk ni huhuu...

    BalasPadam
  17. @Nens CollectionBetul tu Nen. tayah berkire nak gi iKea dah skang kalau nak makan meatball ni hehe... (tapi rugi loh sebab tak dapat shopping haha)

    BalasPadam
  18. @AnonymousHehe... Anor, gi carik kat Nilai! Murah! ;P

    BalasPadam
  19. mak aiiiii menyelerakannnnyaaa gambar niii!
    wahh, deeb pon buat perabot dekat ahchai ye. yeayy boleh geng. header? header mana? header blog ke header ape eh?

    BalasPadam
  20. @nadiaHehe geng, geng... nadia yang kite maksudkan header blog huhuuu...

    BalasPadam
  21. cun..nnti nak try la..tq :)

    BalasPadam
  22. @AnonymousTerai la... pastu hantar sini tukang rasa ye! Ahaks!

    BalasPadam
  23. kak, kalau tak letak beef gravy takpe kan? takut rasa dia lari pulak

    BalasPadam
  24. @Nadhirah BaharuddinMemang akak pun letak beef gravy je pun dik! Hehe...

    BalasPadam
  25. Saya dah try resepi ni mmg sedap

    BalasPadam
  26. @AnonymousKan? Ermmm bile nak hantar tukang tester rasa kat sini? hehe...

    BalasPadam
  27. Kalau tak letak beef gravy tak pe kan?

    BalasPadam
  28. @AnonymousHmmm taknah lak try tak bubuh. Tapi rasanya mesti rasa lain sket kot kan sebab takdek rasa beef tu hee.. kotlah!

    BalasPadam
  29. @SyafiErmmm ramai kot sebab selalu wat boleh simpan lagi dalam fridge dan makan next time ;)

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .