Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 18 Mei 2013

Selamat Hari Guru, cikgu!

Sabtu, Mei 18, 2013 0 Comments

 

Memang tiada kompromi. Kalaulah ada orang selepas ibubapa yang berhati mulia tanpa mengira apa mendidik anak-anak kita dah tentu tak lain dan tak bukan; itulah orangnya... GURU. Saya sangat suka dengan sebuah sajak dari Usman Awang yang kali pertama saya membacanya didinding Sekolah Rendah Danau Kota dan sehingga kini bila tiba Hari Guru, inilah sajak yang akan saya hadiahkan buat semua guru-guru yang telah berjasa tanpa mengenal jemu mengajar saya dan anak-anak saya sehingga apa yang kami capai hingga ke hari ini.




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



Mekaseh kak Zila sebab sudi order brownies untuk hadiahkan cikgu anaknya diSKSU.

Maseh gak pada Siti @Ibu Darwisy sebab sanggup datang collect order kek nipis Moist Chocolate Cake tu ye.


Last but not least, ekcellikan... sebenarnyakan... guru yang paling dekat dan yang paling banyak berjasa dalam hidup kita... ialah
IBU & AYAH.
Kerana merekalah yang mengajar kita menyebut perkataan pertama didunia ini, 
merekalah yang pertama mengajar kita berjalan sehingga kite boleh berlari tanpa dipimpin. 
Merekalah yang pertama mengajar kita tentang Allah SWT dan 
merekalah yang selama-lamanya mengajar dan terus mengajar kita sehingga akhir hayat mereka.

'TERIMA KASIH GURU-GURUku!'
Hanya Allah SWT yang mampu memberikan balasan yang terbaik untuk kamu!

  Signature

Isnin, 13 Mei 2013

Happy Mother's Day Mom! :(

Isnin, Mei 13, 2013 5 Comments

 

Semalam dapat VideoCall guna WeChat dengan mak. Bestnya walaupun dia tak dengar apa yang kiteorang cakap tapi sekurang-kurangnya kiteorang anak-beranak nampak cermin mata besar dan hidung wan hehe... Lepas tu try call pulak tapi line teruk giler sampai putus. Hmm... tulah berukband ni memang menjarakkan perhubungan betullah...! Bilelah stimik nak masuk kat sini ni gamaknye huhuu...

Tapi dalam pada tu saya tau mak mesti tunggu saya datang semalam sebab tiap-tiap tahun bile tiba minggu ke-2 bulan Mei, saya anak-beranak akan beli kek pagi-pagi bute untuk surprisekan dia. Pastu nanti dia nanges-nanges la sume, peluk-peluk haha... *Hmmm.. missed those days sob, sob...* Paling pilu bile dengar ayat dia tanya kat Rayyan, "Bile hangpa suma nak datang tido sini?" Huaaaaa.....!!!


Ok habes cite jiwang. Pada kastemer yang sudi beli dan rasa chicken rendang pie yang saya wat khusus untuk Hari Ibu hari tu, mekaseh banyak-banyak ye. Korang dan semua ibu diseluruh dunia ni memang deserve the BEST! Happy Mother's Day mom!

Notakaki Saiz Tujuh:
*Pssstt... tak salah mengingati dan meraikan hari ibu kalau niat bukan untuk mengagungkan Mother Mary. Semuanya pun bergantung pada nawaitu. Yang penting jangan langgar hukum syarak okeh! *Wink*


  Signature

Ahad, 5 Mei 2013

Mr. Spidey & Macaroni attack!

Ahad, Mei 05, 2013 4 Comments


Harini alhamdulillah dapat order dari jiran belakang umah, Puan Suriani untuk besday anaknya Alif yang ke-5 tahun. Kek coklat ni memang saya suggest disalut dengan coklat ganache aje sebab saya tau budak-budak kalau pasal coklat memang giler! Puan Suriani request 1.5kg sebab dia nak hantar ke taska besday boy tu. Seronok betul si Alif masa tengok kek ni . Mekasey mama belikan Alif kek heheh! Saya suke! Ngee...



Lastly, mekaseh gak pada semua yang memborong makaroni cheese saya hari Jumaat lepas. Untuk pengetahuan sume, pada hari tertentu (dimana tahap kerajinan adalah melebihi paras biasa hehe...) maka saya akan announce Special Menu of The Day dan menu ni akan berubah-ubah dari masa ke semasa. Oleh sebab itu, kalau korang nak tau apa latest offer, better korang Like page SugarPlum's Kitchen tau kalau tak nanti jadik macam offer ni- tak sampai 2 jam saya bukak offer sumenya dah sold out! ;P Sayang korang! Muahhh!

Signature

Rabu, 24 April 2013

WW: I'm BACK!!!!! ;P

Rabu, April 24, 2013 2 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.

Signature

Isnin, 22 April 2013

Shawl yang lebih labuh daripada biasa! Harusss... hehe!

Isnin, April 22, 2013 0 Comments




Hi uols!!! Korang dah check-out page SugarPlum's Closet tak? Hehey... rugi tau kalau belom sebab baru-baru ni ada kuar shawl baru yang masih panas! Bezanya shawl ni dengan shawl biasa yelah sebab dia panjang dari shawl yang biasa dijual kat luar sana nun. Panjangnya 2.0 meter tau dan kainnya pun material chiffon yang sejuk so lilitlah berapa kali pun tapi korang tetap selesa memakainya! Tapi apa yang paling penting- korang tatap nampak comel walaupun bershawl labuh mengikut syariatkannnnnnn..! Haa... pe lagi tunggu? Moh le ke SugarPlum's Closet sekarang sebelum kehabisan stok! ;P


Signature

Selasa, 9 April 2013

Tudung Bawal bidang 60 baru masyuk!!!

Selasa, April 09, 2013 2 Comments


First of all saya nak ucapkan mekaseh bebanyak kat sume yang wishkan kesihatan Rayyan haritu. Alhamdulillah dia okeh (setakat ni dan harapnya sampai bebila), amin. Haa... korang dah check out page SugarPlum's Closet tak? Kalau belum cepat tengok sekarang sebab tengah sale tudung bawal bidang 60 sekarang ni. Ramai orang tak tau yang sebenarnya ada macam-macam gaya boleh buat dengan tudng labuh ni tau. Kalau nak tau, moh le kite ke sana! ;P

Signature
Follow Me at flickr! .