Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 20 Jun 2011

Al-Fatihah: Allahyarham Qayyum


BIODATA

Nama :
nama panjang rashdan nama pendek dan jumbo

Nama samaran :
nama besar qayyum nama kecik q

E-mail :
posto pun boleh

Facebook :
baru merancang nak buat

Alamat :
no.8, kampung dusun (rumah sarip dol).

Hari di beranak :
hari jumaat

Tempat beranak :
sama tempat lahir ahmad albab

Makan kesukaan :
yang sebelum makan kena ambik bau dulu... Lazat?

Minuman kegemaran :
jin n’ tonik

Mainan kesayangan :
bangsi hikmat

Warna peberet :
warna warni kehidupan

Binatang kesukaan :
binatang apa dia tunggang

Bacaan kesukaan :
hikayat 1001 darham... Eh... Malam

Kenderaan kenaikan :
cam kereta haji bakhil... Cantik bukan? Macam setan

Hobi :
saya suka main bola... Hari-hari saya main bola

Cita-cita:
champion of screw

Sejarah hidup :
hidup susah mati pun susah... Mati kena pegang bendela

Pencapaian kerjaya :
menjadi ahli mesyuarat tingkap. Lain-lain takde, kerja berat takut reput tulang...


Kalau korang hantu komik cam aku nih, nama kartunis Qayyum sure tak asing lagi bagi korang. Lukisan-lukisan kartun dia banyak dalam majalah Ujang dan dia jugak pernah berlakon dalam VCD Mat Despatch. Kalau korang nak tau gak, dia yelah Ketua Editor majalah Ujang.

Mase kecik dulu, aku ni memang liat nak makan. So untuk bagi aku de mood untuk makan, biasenya aku akan tebar majalah Gila-Gila atau Ujang untuk baca sambil makan. Benda tu dah jadik habit sampaikan mak aku selalu kata;

"Hang ni kan, dok baca Gila-Gila tu nanti besok hang pun jadik gila!"

Hahahaa... ternyata sumpahan mak aku itu benar. Maseh mak. Ko tak sure aku jadik minah skema sampai hari ni, hehe!


Ok, sambung cite. Pagi ni aku dikejutkan dengan berita yang arwah telah meninggalkan kite pada jam 7.45 minit malam semalam iaitu pada hari Ahad, 19hb Jun 2011 akibat serangan jantung dan akan dikebumikan di kampungnya di Raub, Pahang.


Buat arwah, marilah kite sume sedekahkan al-Fatihah dan takziah buat ahli keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh, amin.

Sesungguhnya, negara kehilangan seorang kartunis yang berbakat yang wajib dikenang kerna karyanya pernah menggembirakan hati-hati kite sume.


Antara petikan dari VCD Mat Despatch

1 ulasan:

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .