Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 28 April 2008

Aqiqah & Besday

Hubby aku begitu excited sain perjanjian sambil diperhatikan kambing2

Harini seperti yang dirancangkan, kami sedekahkan daging kambing buat aqiqah anak ketiga aku, Danish Rayyan yang dah berusia 2 bulan ni. 3 hari sebelum ni kami dah gi tengok dan pilih kambing kat Ladang Ternakan Haji Ismail yang letaknya kat Batu 5, Gombak.
Time Maria & Amirul dulu tak beli kat sini tapi entah nape kali ni hubby yang nak pilih tempat ni so aku ngikut je, almaklumlah.. dia tukang membayor! Thee..! Tapi kali ni cuma wat sekor je kambing pasal budget tak berape mengizinkan daa.. so tak la dapat banyak bahagian untuk diagihkan, cuma dapat 26 bungkus aje. Tapi itupun alhamdulillah la sebab takde la yang tak dapat merasa lansung.
Bonda aku pun join same gak menyumbang dengan membuat pulut kuning ngan bunga telur. Aku cuma tambah muffin ceklat je, tu pun sesimple yang mungkin sebab ade budak kecik ni susah la sket nak gerak.

Tengahari ni aku adalah masak sket sebab keluarga mentua aku sume nak datang singgah, tak tahan rindu kat Rayyan depa kate, hehe.. hebat tol penangan si Rayyan ni nampaknye, kalah kakak n abang dia. Aku masak ayam lemak cili api, sambal tumis udang makan ngan ulam cicah sambal belacan je. Dessert jamu agar2 laici. Sekali depa datang bawak lak kerabu mangga, rendang ayam, kek & puding. Alhamdulillah la kan, banyak lak rezeki hari ni.

Petang lepas sessi delivery kepada jiran tetangga, ade plak upacara sambut harilahir anak sedare aku, Siti Khadijah yang ke-10 tahun dan umminya yeitu kakak aku, Salina yang ke-39 tahun. Aku tak la wat keknya sebab kakak aku si besday girl tu mengofferkan dirinya sendiri untuk wat kek. Tengoklah tu, hebat gak hasil kerjatangan dia ngan 2 orang anak2 daranya tu haa.. hehe! Anyway, hepi besday!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .